NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Tuesday, February 12, 2008

Undi UMNO bermakna izinkan mereka "MERAMPOK" lagi

Nilaikan apa projek dan segala pembaziran mereka...

Setelah empat tahun menjadi Perdana Menteri ada baiknya kita menghitung betapa besarnya wang rakyat akan “disamun” olehnya bersama puak-puak keroninya.
1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM 240 billion
2. Pembangunan Koridor Utara 160 billion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur 170 billion
4. Pembangunan Koridor Sabah 115 billion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang 24 billion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua 3 billion
Jumlah keseluruhannya RM 712 billion

Tahukah anda jumlah 712 billion itu banyak mana agaknya?

Untuk sifir mudah ia ditulis sebegini : RM 712,000,000,000.00 dan jika dilihat terdapat sebelas angka kosong di belakang angka 712.

Begitulah hebatnya jumlah angka mat jenin yang dijelmakan oleh Abdullah Badawi melaksanakan serakah kerakusannya membelanja wang rakyat.

22 tahun sebagai peneraju kepimpinan negara mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berbelanja sejumlah 350 billion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi pula baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih 700 billion… alahai Dolah oh Dolah!!!

Dalam kesempatan ini ada baiknya kita singkap pembaziran yang dilakukan era pemerintahan rejim Abdullah Ahmad Badawi di mana wang rakyat dibelasah semahu mungkin oleh kalangan kroni dan orang kelilingnya.
1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS 1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS 8,390,000.00
3. Kompelks Brickendonbury di London 70,000,000.00
4. Kos memperbaiki MRR 2 70,000,000.00
5. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade 120,000,000.00
6. Pembelian jet baru Abdullah 200,000,000.00
7. Hutang tertunggak dai InventQjaya 228,000,000.00
8. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok 257,000,000.00
9. Kerugian pembelian saham Agusta 510,000,000.00
10. Kos AP anugerah Rafidah @30,000×1,800,000 tidak terhitung
11. Pembelian 3 buah submarine 4,100,000,000.00
12. Skandal PKFZ 4,600,000,000.00
13. Skandal OPV (NDSB) 6,750,000,000.00

Begitulah banyaknya wang rakyat disamun dan dibazirkan oleh kerajaan Abdullah Badawi tanpa sedikitpun memikirkan persoalan jerih marhain hidup penuh penderitaan dalam kesempitan harga barangan di pasaran terus mencanak setiap hari.
Kini sekali lagi Abdullah meminta mandat dari rakyat melalui pilihanraya ke 12 dengan alas an masih banyak lagi duit dan harta rakyat yang belum disamun olehnya.

No comments: