NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Wednesday, February 20, 2008

Sembang Taman Melewar 3

Calon Barisan Rakyat Selangor Mantap

Kejutan calon-calon Barisan Alternatif yang bakal dikemukakan pada hari penamaan calon 24 Febuari ini saya yakin akan memaku dan memukau BN, dan diharapkan rakyat khasnya para pengundi tidak akan membazirkan lagi undi mereka dengan mengundi BN.

Pernah dengar nama Gwo Burne??. Siapakah Gwo Burne, kalau anda semua masih ingat beliaulah yang telah merakamkan video kontroversi VK Lingam yang telah mendedahkan keboborokkan institusi kehakiman kita (termasuk BPR dan polis). Anak muda yang berani ini sanggup demi masa depan Malaysia muncul kehadapan untuk mengakui bahawa beliaulah yang merakamkan video itu sehingga tertubuh Suruhanjaya Di Raja yang ada pada hari ini yang telah mendedahkan apa yang selama ini tidak kita ketahui. Gwo Burne adalah calon PKR untuk Parlimen Kelana Jaya.

Sementara itu di Selangor, barisan calon-calon PAS sangat mantap dan sangat membanggakan parti itu dan seluruh rakyat Selangor. Setakat maklumat yang ada pada saya antara calon-calonnya adalah 5 doktor perubatan iaitu Dr Siti Mariah Mahmud di Parlimen Kota Raja, Dr Salahuddin di DUN Morib, Dr Yunos di DUN Sijangkang, Dr Rani Osman di DUN Meru dan Dr Halimah Ali di DUN Selat Kelang. Selain itu mereka ada 3 doktor lain iaitu Dr Hasan Mohd Ali (Phd), yang tidak payah diperkenalkan lagi yang akan bertanding di DUN Gombak Setia, pakar toksikoloji dan penganalisa politik Dr Dzulkifli Ahmad di Parlimen Kuala Selangor dan bekas pensyarah UTM dan lulusan syariah Dr Osman Sabran di Parlimen Sg. Besar.

Disamping doktor perubatan dan Phd, PAS Selangor juga mengemukakan dua orang jurutera iaitu Ir Maki di Parlimen Sepang dan Ir Khalid Samad (adik Datuk Shahrir Samad) di Parlimen Shah Alam. Iskandar Samad seorang arkitek bertanding di DUN Cempaka, bekas pensyarah Akademi Islam, UM Ustaz Ghani Samsuddin di DUN Sg Burong dan peguam dan AJK PAS Pusat juga seorang peguam iaitu Hanipa Maidin bertanding di Parlimen Tanjung Karang.
Calon-calon lain ialah bekas tahanan ISA iaitu Hj Shaari Sungip bertanding di DUN Hulu Klang, Ustaz Azrul Hakim Suradi bertanding di DUN Sg.Air Tawar,Ustaz Sallehen Mukhyi Ketua Pemuda PAS bertanding di DUN Sabak dan Ustaz Khairuddin Darmo di DUN Jeram.

Siapa kata PAS atau BA tidak layak. Itu pun belum lagi digandingkan dengan calon-calon PKR yang diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim di DUN Ijok, bekas pensyarah UIA Dr Badrul Amin di Parlimen Sabak dan DUN Kuang, Peguam Sivarasa Rasiah di Parlimen Subang dan DUN Batu Caves dan Dato Dr Zainal Abidin. Rakyat Selangor tidak seharusnya melepaskan peluang ini, inilah peluang terbaik untuk kita memastikan yang negeri ini berada dalam tangan mereka yang layak, berwibawa dan amanah, yang insyallah akan menjamin nasib dan kebajikan rakyat dan negeri bertuah ini.

No comments: