NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Friday, February 29, 2008

Selamat Aman dan Makmur








Budaya Orang Utan

Memang sah kata TG Nik Aziz "kita berlawan dengan orang utan".

Ini bukan budaya kita.Merosak harta orang lain.Kita berjuang dengan semangat persaudaraan dan segala tindakan mereka amat dikesali.Mereka melakukan tindakan apabila tidak tahan dengan sambutan bilik gerakan PAS dan PKR Damansara Damai yang setiap malam sentiasa penuh dikunjungi penyokong hingga lewat malam.Apatah lagi VCD DS Anwar ceramah di Kangar dan pengakuan Dr.M tentang kezaliman keatas DSAI ditayangkan kepada umum.Tayangan ini benar2 memberi kesedaran yang tinggi kepada masyarakat Damansara Damai.

Seperti biasa para petugas menjalankan kerja2 PRU sehingga kami bersurai jam 3 pagi. Sd Hamdan dan beberapa petugas yang terakhir bersurai pada jam 3.30pg dalam keadaan "SELAMAT dan AMAN".Menurut seorang penduduk pada jam 4 pagi beberapa orang yang menaiki sebuah kereta Kancil dan 2buah motorsikal telah membuat pencerobohan ini.Beliau terdengar bunyi khemah roboh tetapi tidak dapat berbuat apa2 kerana pada masa itu beliau sedang memasak makan untuk berniaga.
Kami amat kesal dengan kejadian ini kerana masih ada lagi budaya begini sedangkan kita sudah melangkah ke PRU kali yang ke 12. Budaya samseng ini telah ketinggalan zaman dan kami tidak akan sama sekali gentar.

Insyaallah sebentar lagi kita akan mengasak mereka dengan lebih hebat lagi.Bilik gerakan akan lebih meriah dengan poster penuh,tayangan jika biasa dengan TV 21 inci mulai esok kami akan gunakan layar besar dan LCD.Petugas akan membuka bilik gerakan 24jam mulai hari ini. Kepada semua pejuang teruskan perjuangan dan jangan berputus asa...lawan tetap lawan!!

No comments: