NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Friday, February 22, 2008

Bila Orang Klang nak Ubah??



Dinasti Zakaria Md Deros terus berkuasa di Klang


Sebentar tadi seorang wartawan akhbar berbahasa Inggeris meminta reaksi saya darihal pencalonan Puan Roslinda Abdul Jamil sebagai calon BN/Umno bagi kerusi DUN Pelabuhan Kelang, Selangor. Ketua Puteri Umno bahagian itu akan menggantikan Zakaria Md Deros, Ketua Umno bahagian Klang yang terkenal kerana memiliki mahligia RM8juta itu.Nampaknya Umno berusaha untuk mencuci kekotoran yang telah dipalitkan oleh Zakaria berikutan kes mahligai itu dan beberapa kes lain yang membabitkan beliau. Malangnya Umno tidak mampu melihat keluar dari lingkungan rumah tangga Zakaria. Seolah tidak ada calon yang lebih layak selain yang berada dalam rumah tangga, tokoh yang pernah memukul ADUN DAP di ruang lobi Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor satu ketika dahulu.

Roslinda adalah menantu Zakaria, berkahwin dengan anak lelakinya yang juga Ketua pemuda Umno bahagian Klang. Bagi saya pencalonan Roslinda membuktikan yang nepotisma masih menjadi amalan dalam Umno Selangor dan akan terus memkana parti itu dari dalam. Kesimpulannya penduduk di DUN berkenaan berhadapan dengan calon baru Umno yang hakikatnya terus akan dibayangi oleh mambang besar bernama Zakaria yang masih bersembunyi dibelakang kelibat calon baru itu.Kepada pengundi Pelabuhan Kelang: Cuba-cubalah yang baru!


dipetik dr : blog roslan sms

No comments: