NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Tuesday, February 19, 2008

10 calon berwibawa Muslimat PAS


PAS calon 5 Doktor dari Wanita

KUALA LUMPUR, 19 Feb: PAS akan meletakkan sekurang-kurangnya 10 calon wanita dalam pilihan raya umum akan datang ini berbanding hanya lima pada pilihan raya 2004 lalu. Empat daripadanya akan bertanding di Parlimen manakala enam lagi di Dewan Undangan Negeri.

Mereka adalah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja, Selangor ), Dr Najihatul Salihah Ahmad (Parit, Perak) dan Siti Maryam Naam (Jempol, Negeri Sembilan). Yang bakal bertanding di peringkat Dun pula adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Salleh di Dun Tahan dan bekas ketua Dewan Muslimat PAS, Azizah Khatib Mat di Luit. Kedua-duanya di Pahang.
Di Kedah, Ketua Penerangan Muslimat PAS Kedah, Dr Rohani Abdul Mutalib (Jitra) dan Ketua Muslimat PAS Kedah, Ustazah Aishah Haji Ghazali akan bertanding di Merbau Pulas. Di Kelantan, bekas senator Wan Ubaidah Wan Omar akan bertanding di Kijang (tempat Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa sebelum ini) manakala Ruhani Ibrahim akan mempertahankan kerusinya di Tanjung Mas. Di Pulau Pinang, Asnah Abdullah akan bertanding di Dun Bayan Lepas manakala Dr Halimah Ali akan bertanding di Dun Selat Klang, Selangor.

No comments: