NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Thursday, February 21, 2008

Bukan Budaya PAS


Protes Aziz Shamsuddin calon Parlimen Shah Alam semakin panas


Tidak sampai pun 4 jam senarai nama calon Barisan Nasional Selangor diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Umno Shah Alam telah mengadakan protes menolak pencalonan Datuk Abdul Aziz Shamsuddin sebagai wakil Parlimen kawasan itu.Malah mereka bertekad tidak akan menaikkan poster-poster Abdul Aziz di Parlimen Shah Alam, apa tah lagi berkempen untuk wakil berkenaan yang dianggap telah mengecewakan penduduk Shah Alam.


Apa yang lebih dahsyat dan seolah-olah menjadi satu ugutan kepada pucuk pimpinan parti ialah menutup hampir semua pusat daftar mengundi di kawasan berkenaan, jika bantahan mereka tidak dilayan. Abdul Aziz yang berasal dari Gopeng, Perak pertama kali bertanding di Parlimen Shah Alam pada tahun 2004 lalu. Bagaimanapun, rata-rata penduduk melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan sikap pemimpin terbabit yang didapati tidak turun padang menemui dan beramah mesra dengan penduduk.


Sebelum ini, Umno bahagian itu telah menghantar memorandum kepada Pengerusi BN negeri agar tidak mencalonkan lagi wakil dari luar kerana ia menyukarkan keberkesanan sesuatu program. Mereka telah mengemukakan tiga nama calon bagi menggantikan menteri berkenaan iaitu Datuk Salamon Selamat , Kamaruddin Ahmad dan Zulkifli Saleh. Dalam satu sidang akhbar di Seksyen 11, Shah Alam pemimpin peringkat cawangan dan jawatankuasa bahagian itu meminta puck pimpinan menukar calon lain yang lebih sesuai dalam tempoh dua hari ini. AJK Bahagian Shah Alam, Yahya Abdul Hamid berkata, mereka terlalu kecewa kerana pemimpin atasan tidak mendengar luahan dan rintihan anggota parti di kawsan parlimen terbabit. “Kami telah dikecewakan selama 4 tahun dan Datuk Abdul Aziz jarang pulang ke kawasan yang diwakilinya untuk bersama-sama kami menjayakan sesuatu orogram,” katanya. Menerusi poster yang tulis, ternyata Bahagian Shah Alam kini akan melalui satu keadaan yang amat kritikal walaupun pihak terbabit tetap menyatakan sokongan kepada Umno dan BN.


Umno seharusnya berbuat sesuatu untuk menjernihkan semula keadaan apatah lagi untuk menentukan masa depan rakyat dan ibu negeri Selangor ini. Bagaimanapun, langkah memburuk-burukkan pemimpin atasan bukanlah amalan parti dan ia sedikit sebanyak telah menjejaskan keharmonian pengundi sambil memberi ruang kepada parti lawan untuk memancing undi. Ketua Cawangan Umno Seksyen 24, Zulhelmi Kassim pula menyatakan bahawa Abdul Aziz tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna dan lebih banyak menyerahkan tanggungjawab kepada pembantunya yang gagal berkomunikasi dengan baik.


“Kami telah puas berusaha dan bekerja keras, tetapi kenapa diberikan kepercayaan kepada orang luar. Banyak lagi pemimpin tempatan yang berkeupayaan untuk menerajui Shah Alam,” katanya dengan nada keras. Ketua Cawangan 17 Bandar, Razali Safar pula tidak akan memberi jaminan kerusi Parlimen Shah Alam menjadi milik Barisan Nasional, jika Abdul Aziz dikekalkan untuk bertanding kali kedua 8 Mac ini. Sambil menyatakan mereka tetap berdiri teguh di belakang Umno dan Barisan Nasional, beliau meminta supaya pucuk pimpinan mendengar keluhan mereka bagi mengelakkan perpecahan yang lebih teruk.

No comments: