NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Sunday, February 17, 2008

Sembang Taman Melewar 2



Presiden PAS umum calon mantap di Perlis


PAS Perlis mengambil langkah awal mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 yang akan berlangsung pada 8 Mac akan datang. Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi pada majlis ceramah sempena siri 'Jelajah Presiden ke Negeri Perlis'.


Seramai 14 orang calon yang terdiri daripada dua orang calon parlimen dan 12 orang calon dewan undangan negeri (Dun) yang telah diamanahkan oleh PAS untuk menjadi calon pada PRU akan datang. Bagi kawasan Padang Besar calon-calonnya ialah ;

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin (Parlimen Padang Besar)
Bendahari PAS Perlis, Mohd Ali Puteh (Dun Chuping)
AJK PAS Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim (Dun Mata Ayer)
Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz ABdul Rashid Abdul Rahman (Dun Santan).

Di Kawasan Kangar;

AJK PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir akan bertanding di Dun Bintong
AJK PAS Kangar, Ustaz Osman Abdullah (Dun Sena)
Bendahari Jabatan Pilihan raya PAS Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh (Dun Kuala Perlis)
Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman (Dun Kayang)

Sementara itu di Arau;

Timbalan Muryidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din di Parlimen Arau
Timbalan Yang DiPertua PAS Arau, Abu Bakar Ali akan bertanding di Pauh
AJK PAS Arau, Ustaz Che Nordin Che Ahmad bertanding di Tambun Tulang
Tim.Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil bertanding di Dun Guar Sanji,
Rus'sele Eizan di Dun Simpang Empat
Ustaz Hashim pula akan bertanding mempertahankan kerusi Dun Sanglang.

Empat orang ulama; Abdul Rashid, Osman, Ya'akub dan Che Nordin bersama Rus'sele adalah muka baru manakala Ahmad Tajudin pula pernah bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1995. Difahamkan masih ada satu kerusi yang diperuntukkan untuk PAS yang masih di peringkat akhir perundingan bersama KeADILan iaitu sama ada kerusi Dun Beseri atau Titi Tinggi. KeADILan pula diperuntukkan tiga kerusi sudah pasti akan bertanding di Parlimen Kangar dan Dun Indera Kayangan.

No comments: