NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Tuesday, February 19, 2008

Perosak Selangor Kekal Lagi?


Mahu PM kekalkan Raja Ideris dan Mokhtar Dahlan sebagai calon

SHAH ALAM, Selasa 19 Feb. --Beberapa pihak berharap dua anggota exco kerajaan negeri Selangor yang disebut-sebut akan digugurkan terus diberi peluang sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini.Mereka berpendapat Datuk Raja Ideris Raja Ahmad dan Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan dapat meneruskan khidmat berdasarkan prestasi baik mereka ketika menerajui portpolio masing-masing sebelum ini.

Raja Ideris, sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun ) Sabak juga Pengerusi Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Asli serta Pembangunan Usahawan.Mereka yang menghubungi AgendSelangor.com berkata, sektor pertanian di Selangor semakin pesat membangunan dengan bebeberapa projek besar seperti Selangor Fruits Valley, bidang ternakan dan pengeluaran sayur-sayuran.“ Petani juga berjaya meningkat pendapatan dengan projek-projek yang dilaksanakan melalui pertanian kontrak dan macam-macam lagi.
Raja Ideris nampaknya berjaya sebagai exco,” kata mereka.Sepanjang perkhidmatan, Raja Ideris juga dapat mengembangkan perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) di Selangor malah produk-produk makanan ringan yang dihasilkan berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Mohd Mokhtar juga menurut mereka banyak membantu kerajaan Selangor menjayakan matlamat Setinggan Sifar malah beliau Berjaya mengatasi beberapa isu setinggan yang enggan berpindah selama ini.Beliau adakah Adun Kota Damansara yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan. Menurut mereka, walaupun Raja Ideris dan Mohd Mokhtar sudah beberapa penggal menjadi Adun dan Exco, khidmat mereka masih diperlukan terutama dalam usaha Selangor memajukan Lembah Klang Kedua. Sehubungan itu, pihak berkenaan berharap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir mengekalkan mereka sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini. Sebelum ini, nama kedua-dua wakil rakyat ini hangat diperkatakan kononnya tidak akan terpilih lagi sebagai calon pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
Sementara itu, AgendaSelangor.com difahamkan, Dr Mohamad Khir menyenaraikan semua nama Ketua Umno Bahagian sebagai calon. Ini termasuk nama mereka yang dikatakan tidak terpilih seperti Datuk Zakaria Md Derus, Raja Ideris dan Mohd Mokhtar. Hanya Presiden parti atau Pengerusi Barisan Nasional, Abdullah yang akan memutuskan sama ada mereka ini layak dicalonkan semula pada pilihan raya kali ini.
Pengerusi BN Selangor, Dr Mohamad Khir dijangka mengumumkan senarai calon pada pilihan raya kali ini sama ada petang Rabu atau Khamis setelah mengadakan perjumpaan dengan Abdullah bagi memuktamadkan senarai calon dan tempat mereka akan bertanding.

No comments: