NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Saturday, February 16, 2008

Sembang Taman Melewar


Dr Hassan Ali calon PAS DUN Gombak Setia?


NAMA mantan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mohd Hassan Ali sudah meniti dari bibir ke bibir di kawasan Gombak sebagai nama yang disebut-sebut akan diturunkan ke Dun Gombak Setia dalam pilihan raya kali ini.
PAS melalui calon popularnya, Datuk Ismail Kamus pernah menguasai Dun ini dalam pilihan raya umum 1999 dan percubaan kali kedua tokoh ulama PAS itu gagal pada pilihan raya umum 2004.
Dun Gombak Setia yang terletak dalam Parlimen Gombak, boleh dianggap kawasan nombor satu berpontensi dalam Selangor untuk PAS.
Dr. Hassan yang juga mantan Naib Presiden PAS sebelum ini pernah menang di Dun Sungai Burung dalam Parlimen Tanjung Karang serentak kemenangannya di Parit Buntar dalam pilihan raya paling manis buat pembangkang, 1999.
Setelah kerusi tersebut dikosongkan oleh Yang Dipertuanya, Dr. Mohd Hatta Ramli, yang dikatakan akan bertanding di Pasir Puteh, adalah dijangkakan Dr. Hassan akan dinobatkan terus bertanding di Parlimen Gombak dan Dun Gombak Setia.
Ini bagi memudahkan gerakerja dan menarik minat pengundi mengundi PAS. Bagaimanapun, tekaan bukanlah tepat kerana mungkin terdapat kawasan selamat yang lebih berpotensi untuk Dr. Hassan Ali.
"DI MANA Ketua Muslimat PAS bertanding?"
Terlalu banyak maklumat yang saya terima berkenaan kerusi yang bakal ditandingi oleh Ustaz Nuridah Mohd Salleh ini. Sedikit masa dulu, beliau disebut-sebut bertanding di Parlimen Putrajaya dan tidak lama kemudian di Parlimen Lembah Pantai.
Kemudian, dimaklumkan terdapat usaha Muslimat PAS Kelantan untuk menarik Ustaz Nuridah ke Parlimen Pasir Puteh, kononnya tempat itu pernah ditandingi pada 2004 lalu oleh mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Kalthom Othman.
Saya juga mendengar desas-desus Ustazah Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah akan diperturunkan di Dun Paya Jaras. Tetapi yang terkini, ada pula maklumat tidak sahih memberitahu saya, beliau akan dipertaruhkan di Dun Tahan, dalam Parlimen Jerantut, Pahang.
Apapun, dan di mana sekalipun beliau bertanding, pilihan raya kali ini akan menyaksikan lebih ramai calon-calon muslimat diketengahkan oleh PAS Pusat.
PEGUAM muda PAS
Hanifa Maidin pula dijangka akan diturunkan ke Kuala Kedah, kata satu sumber dari Kedah. Selagi ia belum diistiharkan, sumber ini dipegang sebagai desas-desus politik, menjelang hari penamaan calon 24 Februari 2008.

Hanifa disebut-sebut bakal bertanding di Parlimen Lembah Pantai sebelum ini dan namanya juga dikhabarkan bakal calon yang akan berentap di Parlimen Padang Terap.
Namun perkembangan muktahir, setelah Parlimen Lembah Pantai gagal dirampas oleh PAS, Hanifa dikatakan akan diturunkan buat kali pertama di luar gelanggangnya negeri Johor Darul Takzim.
Mohd Hanifa adalah Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat yang aktif membela nasib masyarakat tertindas di negara ini. Beliau pernah menjadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

No comments: