NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Tuesday, February 12, 2008

Kebangkitan Anak Muda Jadi Ancaman PRU 12

Generasi muda perlu tolak BN, tebus masa depan negara

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius seruan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang mahu generasi muda menyokong BN untuk kelangsungan pembangunan negara.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, seruan dangkal Ketua Pemuda Umno ini jelas memperlihatkan kebimbangan mereka terhadap kebangkitan generasi muda yang mulai meluat dengan dasar-dasar BN yang menindas rakyat.
"Lagipun, tidak ada satu sebab yang munasabah untuk generasi muda perlu mengekalkan BN setelah sebahagian kepentingan rakyat digadai oleh pemimpin BN demi kepentingan politik sempit mereka.
"Cerita tentang kebobrokan pemimpin BN dalam menghancurkan masa depan negara sudah begitu banyak diperkatakan dan telah difahami oleh generasi muda. Mereka telah melihat bagaimana dasar-dasar BN telah meruntuhkan jati diri golongan muda melalui aktiviti-aktiviti tidak sihat yang dianjurkan sendiri oleh Kerajaan BN,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Tambahnya, dalam masa yang sama, pemimpin BN terlibat dalam pelbagai skandal penyelewengan, salah laku, rasuah, seks haram dan lain-lain yang memberikan contoh buruk kepada generasi muda.
"Sedangkan golongan agama yang cuba membimbing generasi muda 'digam' bagi memastikan golongan muda terus terpinggir daripada kehidupan beragama serta dilalaikan dengan hiburan melampau,"katanya.
Beliau turut menerangkan betapa, alasan Ketua Pemuda Umno bahawa Kerajaan BN telah berusaha melabur dalam pembangunan modal insan dan pendidikan adalah satu pembohongan.
"Memang semua kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan untuk rakyat. Cuma Kerajaan BN sahaja yang membohongi rakyat, terutama generasi muda bahawa Malaysia mengamalkan pendidikan percuma, sedangkan bayaran yang dikenakan melebihi yuran biasa.
"Di universiti, golongan mahasiswa yang bakal mewarisi kepemimpinan negara disekat pembinaan dan latihan kepemimpinan mereka melalui campur tangan politik BN. Putera dan Puteri Umno berkeliaran di kampus-kampus mempengaruhi mahasiswa, tetapi kebebasan mahasiswa tersekat oleh AUKU yang digubal oleh Kerajaan BN,"jelasnya lagi.
Oleh itu katanya, DPP Pusat berpandangan bahawa sudah cukup untuk generasi muda melihat satu demi satu hak dan kebebasan rakyat dinodai oleh Kerajaan BN.
"Kini bukan sahaja keruntuhan moral, rasuah dan penyelewengan yang berlaku di kalangan pemimpin BN, bahkan mereka juga telah menyelewengkan harta rakyat dengan mengagihkan kekayaan Negara kepada kroni dan anak menantu mereka.
"Dalam masa yang sama, hak-hak yang dijamin kepada generasi muda seperti biasiswa, tanah rezab Melayu, peranan bahasa kebangsaan, kebebasan bersuara dan berhimpun, kebebasan mengamalkan agama dan sebagainya juga telah dicabul dan tergadai,"tambahnya lagi.
Selain itu katanya, pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk generasi muda menebus semula semua hak rakyat yang digadai oleh BN dengan menolak mereka dalam pilihan raya ini.

No comments: