NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Sunday, February 17, 2008

MIC Menuju Kehancuran




KUALA SELANGOR, 17 Feb: "Saya tidak takut PAS. Saya sokong mereka kerana bagi saya mereka orang beragama. Jadi mereka akan lebih adil kepada semua orang. Lagi pun mereka orang Malaysia juga," kata Karunagaran a/l Alagapan ketika bercakap dengan Siasah di Sri Pristana, Saujana Utama baru-baru ini.
(foto kiri:Karunagaran...tak takut PAS)
Karunagaran adalah antara beribu-ribu masyarakat India yang menyatakan secara jelas akan menyokong PAS dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau bersama-sama dengan rakan-rakannya hadir ke majlis penubuhan Kelab Penyokong PAS Kuala Selangor yang dirasmikan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini baru-baru ini.
Bagi Karunagaran, ramai orang India akan berubah menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Bagi saya pilihan raya kecil Ijuk adalah tanda bermakna bagi Orang India (dalam mendekati pembangkang),” kata beliau.

Rakannya, Nandakumar a/l K Rajamanickam juga melahirkan rasa yang sama iaitu kesal dengan peranan yang dimainkan MIC dalam membela kaum India di negara ini.
(foto kanan: Nandakumar...tidak puas hati merata)
"Ketika pilihan raya kecil Ijuk mereka tidak menunaikan janji yang diberikan. Saya ada saudara yang ramai di sana. Ada janji yang dibuat masa pilihan raya, sampai sekarang tidak ditunaikan," katanya.
Nandakumar juga berkata, perasaan ini bukan terhad kepada mereka di Kuala Selangor sahaja bahkan juga dikongsi bersama oleh masyakat India seluruh negara.
"Misalnya semasa Thaipusam baru-baru ini, yang pergi Batu Caves, saya ingat orang berkurangan antara 40 hingga 50 peratus. Yang pergi hanya yang telah membuat hajat sahaja. Ramai tidak pergi kerana tidak senang dengan Jawatankuasa yang menguruskan kuil itu yang dikongkong oleh MIC," kata beliau kepada Siasah.
Beliau juga kesal dengan pemimpin MIC yang hanya pandai bercakap sahaja mahu menyelesaikan masalah orang India.
"Kalau mereka mahu selesai, sudah lama berjaya. MIC ada 3,000 cawangan di seluruh negara, sudah tentu mereka berjaya kalau mahu dan jujur," kata beliau.

No comments: