NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Friday, February 29, 2008

Balasungkawa


Al-Fatihah buat Almarhum Dato' Syeikh Azmi


Pagi ini saya mendapat dua berita sedih dan merupakan satu cabaran dalam perjuangan merubah kekuasaan sang penguasa.Seawal waktu subuh saya dikejutkan dengan peristiwa perobohan bilik gerakan PAS dan PKR yang dilakukan oleh "oarang utan" dan baru sebentar tadi berita sedih lagi iaitu kembalinya kerahmatullah Dato' Syeikh Azmi mantan mufti Pulau Pinang.


Mantan Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang, Dato’ Syeikh Azmi bin Ahmad, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.40 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) setelah mengalami sakit jantung dan kencing manis. Jenazah telah selamat tiba di Masjid al-‘Itisam, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI Jaya) pada jam 10.00 pagi untuk pengurusan dan solat jenazah akan diadakan sejurus selepas solat Zuhur. Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Menurut Tengku Ahmad Tengku Kasim yang merupakan adik ipar Almarhum, antara pimpinan yang akan tiba termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Dato' seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anaknya Nurul Izzah, calon PAS Shah Alam, Ir Khalid Samad, pimpinan parti Keadilan dan PAS Shah Alam, kenalan, anak-anak murid Almarhum yang akan datang dari Kedah. Almarhum yang pada mulanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kompleks Anjung Rahmat, kemudian ke Kampung Baru Medical Centre (KBMC) di Kampung Baru dan kemudiannya dimasukkan pula ke IJN.


Almarhum Dato' Syeikh Azmi dilahirkan di Batas Liku, Arau, Perlis pada 10 Ogos 1943. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Arau. Kemudian menyambung pengajian menengah di Sekolah Arab Alawiyyah Arau.

Setelah tamat pengajian menengah, anak kedua kepada pasangan Hj. Ahmad Bin Long dan Melor Binti Musa ini kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Baghdad, Iraq dalam bidang Pengajian Syariah & Kesusteraan Arab sehingga memperolehi B.A dalam bidang tersebut bersama-sama pimpinan PAS seperti Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Hassan Syukri, Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid dan Ustaz Abdul Halim (bekas Pegawai Agama Felda).

Setelah kembali ke tanah air, beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Balkis Binti Musa pada bulan April, 1971 dan kini mempunyai 8 orang anak (2 perempuan dan 6 lelaki). Pada mula kerjayanya bertugas sebagai Pegawai Penerangan Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama, Perak.
Setelah itu, dilantik menjadi Kadi di Kedah sebelum dilantik menjadi Timbalan Kadi Besar di Kedah. Ketika bertugas di Alor Setar ini, beliau pernah mengikuti kursus Pengajian Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1987) dan memperolehi Diploma Kehakiman dan Pentadbiran Hukum Syara' dan kemudiannya mengikuti kursus di The Muslim Collegge, London (1990) selama 6 bulan.

Almarhum merupakan bekas Mufti Pulau Pinang (1992-1997), bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang (1998-1999), dan pernah juga menyandang jawatan sebagai Y.A.A. Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan). Almarhum juga merupakan bekas Naib Presiden Parti KeAdilan Nasional (sekarang Parti Keadilan Rakyat).
Saya dan seluruh petugas BA Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama orang-orang soleh.Al-Fatihah

No comments: