NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Friday, February 22, 2008

8 Negeri Panas kata PDRM


Sorotan Negeri dan UMNO /BN Sedang bergolak


Perlis - Peperangan 3 saudara ingin mentadbir negeri

Kedah - Konflik dalaman BN negeri

Penang - Digempur PKR dan DAP

Perak - Bantahan kepada MB berterusan

Selangor - Bantahan berterusan di Sabak Bernam,Shah Alam, Dengkil, Ampang dan Meru

Trengganu - Terus bergolak

Kelantan - UMNO terus mengarut dgn calon menarik diri

Melaka - Bantahan berterusan dari puak UMNO yg tersingkir

Sabah - kes2 lama tentang salah guna kuasa terus dibangkitkan


Seingat saya perkara sebegini tidak pernah berlaku dalam BN sebelum ini. Biasanya kalau calon-calon telah diumumkan oleh samada Pengerusi BN Negeri atau Pengerusi BN Pusat, itulah calon-calon yang akan bertanding atas tiket BN pada hari penamaan calon kelak. 8 negeri yang PDRM kata panas sebenarnya bukan kerana tentangan pembangkang tetapi sebenarnya panas kerana perebutan dinasti dan hiraki.Inilah bezanya perjuangan BN iaitu membesarkan tembolok mereka dan kroninya.


Kecuali satu dua kes yang luarbiasa, biasanya BN hebat dari sudut itu.Berlainan dengan parti-parti pembangkang, sejak dari dulu lagi pasti akan ada pertukaran disaat-saat akhir, kerana mereka bukan hanya menghadapi masalah kesukaran mendapatkan calon-calon (siapa mahu menempah susah) tetapi juga pihak lawan yang sibuk dengan pancing masing-masing mahu memancing calon-calon pembangkang supaya mereka menang percuma.


Pernah dalam satu pilihanraya di Sabah, Ketua Menteri Sabah ketika itu berjaya membeli semua calon-calon pembangkang sehingga hampir keseluruhan kerusi Parlimen negeri itu jatuh ketangan Perikatan secara percuma.Apa pun kini nampaknya parti-parti pembangkang khasnya BA dan DAP lancar dan licin susunan calon-calonnya. Sehinggakan kawan saya Wee Choo Keong (yang keras itu) dari parti serpihan DAP iaitu MDP dapat dipujuk dan setuju bertanding atas tiket PKR di Wangsa Maju dan bekas ADUN BN dari Gerakan dapat ditawarkan kerusi DUN Derga, Kedah dan bakal bertanding atas tiket PKR setelah meninggalkan Gerakan.


Kesimpulannya pembangkang nama lebih tersusun berbanding BN dalam mengemukakan senarai calon-calon.Beberapa calon BN termasuklah dari Umno dilaporkan terpaksa ditukar disaat-saat akhir walaupun setelah pengumuman calon-calon dibuat. Kita sudah pasti telah mendengar darihal kekalutan yang berlaku di Perlis sehingga Shahidan terpaksa berjumpa Dollah Badawi sebanyak 7 kali dalam sehari sebelum berpuashati.


Di Kelantan dua orang calon BN yang telah diisytiharkan namanya bertanding atas tiket BN difahamkan sedang memikir semula samada bersetuju atau tidak.Ini semua bagi saya membuktikan betapa lemah dan longgarnya kepimpinan Dollah Badawi rupanya beliau bukan hanya lemah sebagai PM malah sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno pun beliau kelihatan kalut dalam menyelesaikan masalah. Berbeza dengan pimpinan BN dan Perikatan sebelum ini.


Mungkin ini adalah isyarat awal kemerosotan BN, mudah-mudahan begitulah. Parti-parti pembangkang khasnya BA dan DAP perlulah bekerja lebih kuat lagi dan terus m,eyakinkan rakyat bahawa tarikh luput BN rupanya adalah pada 8 Mac 2008 ini, oleh itu sama-samalah kita semua tukar kepada yang baru!


No comments: