NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Saturday, February 16, 2008

Calon bersih hanya ada digabungan BERSIH


Apakah Mat Taib 'lulus' tapisan BPR?


PUTRAJAYA: Jika Mantan Menteri Besar Selangor yang paling kontrovesial, Muhamad Muhd Taib "lulus" ujian BPR dan layak menjadi calon dalam pilihan raya kali ini, sudah tentu terdapat "pembohongan" besar dari mulut Khir Toyo kononnya calon-calon BN akan ditapis oleh badan itu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nazir Zakaria, adalah amat melucukan apabila Khir mencadangkan nama Mat Taib sebagai calon pilihan raya sedangkan Ketua Penerangan Umno itu bukan sahaja terlibat membawa duit tunai berkila-kilo ke Australia, malah muth'ah perceraiannya dengan anak Sultan Selangor sahaja mencecah RM16 juta.

"Di mana Mat Taib dapat duit sebanyak itu? Kalau dikumpulkan gajinya pun, tak cukup untuk dia bayar semua itu," tegas beliau yang juga Yang Dipertua Putrajaya.Katanya, walaupun Mat Taib bangkrap akhlak dan dipalit dengan kes-kes "rasuah" yang tidak dapat dibuktikan, namun Khir yang menjadi musuh Khairy Jamaluddin terpaksa memberi laluan kepada Mat Taib atas kehendak anak Badawi.

Khir adalah seteru Khairy sejak dulu lagi dan penjenamaan semula mantan MB Selangor itu adalah perkiraan Khairy untuk mengimbangkan pengaruh Khir. "Adakah BPR terpaksa membisu seribu bahasa dengan rekod teruk Muhamad? Kerana dia dicalonkan oleh Khairy?" Tanya Nazir lagi.
Angin sepoi2 bertiup katanya Mike Tyson akan bertanding di Parlimen K.Selangor bukannya Shah Alam.Tunggulah calon yg bersih2 dr UMNO mcm Khir n kuncu2nya.

No comments: