NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Sunday, February 17, 2008

Balasungkawa



Al-Fatihah buat Almarhum Ustaz Asmungi bin Sidek


Hari minggu yang ceria ini ramai anak Selangor terutamanya diLembah Kelang berbondong-bondong menuju ke Glenmarie kerana Pelancaran Manifesto Barisan Rakyat.


Dalam perjalanan ke sana saya mendapat panggilan telefon dari Ustaz Azrul Hakim ada berita sedih katanya "Ustaz Asmungi bin Sidek (Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor) telah kembali kerahmatullah pada jam 9.30pagi di Hospital Ampuan Rahimah Kelang". Almarhum ialah bapa mertua kepada Ustaz Azrul Hakim Suradi (calon PAS DUN N01 Sg.Air Tawar).


Almarhum semasa hayatnya adalah seorang pegawai yang amat dedikasi dan merupakan salah seorang ulamak yang tersohor.Semasa hayatnya beliau salah seorang panel yang kerap muncul dikaca TV dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam dan Al-Kulliyah.Almarhum kembali kerahmatullah pada usia 65 tahun dan telah terlantar sakit hampir 7 tahun.


Kepada ahli keluarga almarhum diharap bersabar dan semoga roh beliau tergolong dalam golongan para sahabat dan rohnya dicucuri rahmat dan keberkatan.Kepada semua pendokong PAS diharap teruskan istiqamah dalam perjuangan walaupun kita telah kehilangan beberapa ulamak.Teruskan perjuangan menentang kebatilan dan Al-Fatihah buat almarhum Ustaz Asmungi bin Sidek.

No comments: