NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Saturday, February 16, 2008

UMNO Kecut Perut Dengan Negara Kebajikan

Negara Kebajikan : Adakah PAS mengkuburkan Agenda Islam?

PAS tetap sama, cuma cara pendekatannya yang berbeza. Pas tidak lagi menonjolkan isu "negara Islam" dan "hudud" sebaliknya lebih menonjolkan isu "negara kebajikan" sebagai jawapan kepada pelbagai masalah rakyat.Matlamat jangkamasa pendek ini adalah selari dengan visi PAS untuk membentuk sebuah kerajaan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Setiap umat Islam wajib beriman dengan Al-Quran dan Sunnah yang mana didalamnya terkandung hukum-hukum, perintah serta larangan.
Hudud adalah suruhan Allah sepertimana juga suruhan untuk sembahyang, berpuasa, berzakat dan sebagainya terkandung didalam Al-Quran. PAS tidak menonjolkan isu “negara Islam” dan “hudud” kerana dua perkara tersebut sering disalah tafsirkan oleh pihak kerajaan (baca Umno) sendiri dan menyebabkan orang-orang bukan Islam menjadi lebih keliru dan takut dengan dua isu tersebut.Apabila PAS memperkatakan tentang ‘Hudud” maka Umno melabelkannya sebagai “Hudud PAS”.
Apabila PAS memperkatakan tentang “Negara Islam” maka Umno lah yang paling kehadapan untuk menentangnya!Maka Umno sepatutnya berasa sangat bersyukur apabila PAS tidak lagi menonjolkan dua isu tersebut sekarang ini.Tetapi mengapa Umno cuba memainkan semula dua isu tersebut?Sebab mereka melihat pakatan DAP, PKR dan PAS agak mantap. Umno sakit hati dan bimbang melihat perkembangan tersebut dan mahu melihat perpecahan dikalangan parti BA dengan menimbulkan isu tersebut supaya bergolaklah semula pertelingkahan antara DAP dan PAS.
Umno susah hati apabila melihat bukan Islam mula cenderung menghadiri dan mendengar ceramah-ceramah PAS kerana keterbukaan PAS dalam membicarakan kepada masyarakat hal kebajikan rakyat yang perlu disedia dan diselia urus oleh sebuah kerajaan yang bertanggung jawab. PAS dilihat berjaya dalam langkah dakwahnya -- menjelaskan Islam melaui kebajikan yang sedang diperjuangkannya.Langkah Pas adalah bijak kerana menonjolkan isu kebajikan dan kelihatan lebih terbuka untuk diperbahaskan oleh setiap rakyat , tidak kira Melayu, Cina India atau Asli sekali pun.
Berbeza dengan isu “Hudud” atau “Negara Islam” yang lebih berkisar dikalangan ummat Islam sahaja. Maksud saya, kalangan bukan Islam tidak minat untuk ambil tahu kerana ianya berkaitan dengan ugama Islam ; tidak ada kena mengena dengan anutan dan kepercayaan agama mereka. Mereka beranggapan ‘agama’ lain, ‘pentadbiran negara’ lain. Orang Umno dulu pun beranggapan sama begitu dan apabila alim ulama yang jujur dan ikhlas dengan ilmunya sering mengasak mengatakan ‘agama’ dan ‘politic’ tidak boleh dipisahkan, barulah Umno beriman dalam bab tersebut; tapi realitinya masih terus mengingkari dari segi pelaksanaannya.
Saya katakan isu ‘kebajikan’ lebih terbuka untuk diperbahaskan kerana ia melibatkan keseluruhan mereka samada beragama atau tidak.Ya, untuk menang, mestilah mendapat sokongan orang Cina, India dan lain-lain. Maka isu ‘Kebajikan’ sangat releven dengan mereka.
Pendekatan sebeginilah yang telah membatu Islam bersemarak semula diTurki melalui parti Justice and Development – bahasa turkinya : Adalel Kakinma Partisi (AKP) . Mereka terpaksa berhadapan dengan kerenah perlembagaan Sekular Turki yang begitu phobia dengan Islam .Isu ‘pemakaian tudung’ di Turki adalah satu isu yang sangat besar dan dianggap satu ancaman kepada perlembagaan Sekular Turki; namun apabila tuntutan pemakaian tudung bagi kaum wanita Turki diperjuangkan melalui pendekatan isu hak kebebasan kemanusian dan kebajikan rakyat , tuntutan tersebut terbukti berjaya , dimana undang-undang yang melarang pemakaian tudung kepala di pusat-pusat pengajian tinggi telah dimansuhkan baru-baru ini.
Umno menuduh isu ‘negara kebajikan’ yang sedang ditonjolkan oleh PAS adalah rhetorik semata-mata sambil mendabik dada bahawa Umnolah sebenarnya yang telah berjaya dalam menangani kebajikan rakyat selama ini.Terengganu sewaktu dibawah PAS sekejap dulu telah berjaya melaksanakan beberapa agenda untuk kebajikan rakyat seperti menghapuskan tol Sultan Mahmud dan Cukai Pintu umpamanya.
Majlis taklimat Manifesto Pilihan Raya PAS , dengan bertemakan 'Negara Beramanah, Bersih, Adil dan Berkebajikan', telah diadakan Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar baru-baru ini , disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefli Ahmad.

No comments: