NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Thursday, February 14, 2008

Gerak Kerja Tawan Selangor Bermula

Pelancaran Tawaran BA Selangor 17 Feb 2008

Barisan Alternatif (BA) Selangor, iaitu gabungan Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan melancarkan Tawaran BA Selangor pada 17 Februari bertempat di Temasya Food Court, 25 Jalan Kartunis U1/47, Pusat Perindustrian Temasya, Glenmarie, Shah Alam pada jam 9.30 pagi sehingga 12 tengah hari.

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Pengerusi KeADILan Selangor, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, dan Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada pilihan raya umum ke-12 ini, BA Selangor membawakan tawaran dengan tema Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan serta cogan kata 'Membela dan berkhidmat untuk rakyat'.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Khas Tawaran BA Selangor, Saari Sungib, sekiranya dipilih, BA Selangor mampu mentadbir kekayaan dan sumber negeri bagi melonjakkan kualiti hidup dan taraf ekonomi seluruh lapisan rakyat negeri ini.

Pembahagian kerusi Parlimen dan DUN di Selangor sudah pun selesai dan jentera kerja juga sudah digerakkan ke seluruh akar umbi oleh kedua-dua parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan raya Umum ke-12.

No comments: