NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Tuesday, February 12, 2008

Tergadai Maruah Melayu Angkara UMNO



Waran tangkap terhadap ahli parlimen Kuala Selangor


Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan yang Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Daud Tarihep, 55 ahli Parlimen Kuala Selangor (akhbar tersebut laporkan beliau sebagai ADUN, sebenarnya bukan ADUN tetapi MP).


Waran tangkap itu dikeluarkan apabila Daud, bekas SETPOL kepada Muhmmad Rahmat (ketika Tok Mat Menteri Penerangan) dan bekas Ketua Umno bahagian, gagal hadir ke mahkamah untuk mendengarkan pertuduhan terhadap beliau. Daud dituduh bernikah kali kedua dengan seorang aktivis Puteri Umno, Zuraidah, di Thailand, tanpa kebenaran mahkamah syariah.Semakin dekat pilihan raya semakin menjadi-jadi cabaran terhadap calon-calon Umno.


Harapan Daud untuk bertanding sepenggal lagi semakin tipis dengan perkembangan ini. Dan sesungguhnya sepanjang penggal ini ramai pimpinan Umno terbabit dan terpalit dengan isu dan krisis moral yang berpanjangan walaupun MB nya beria-ia mencetuskan wawasan untuk melahirkan Selangor yang penuh dengan insan-insan rabbani di dalam masyarakat madani.


Sebelum Daud kita sudah lali dengan Ketua Umno bahagian Klang Zakaria Md Deros yang juga ADUN Pelabuhan Kelang dengan "istana" nya bernilai jutaan ringgit itu dengan berbelas bilik tidur dan hampir 8 bilik air. Zakaria turut terlibat membina perniagaan di tanah milik kerajaan dan membinanya pula tanpa kebenaran pihak PBT. Kini beliau terlibat dalam perebutan kuasa dalam Persatuan Badminton Selangor (SBA) dimana pencabarnya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Zakaria terlibat dalam skandal pemberian kontrak dalam SBA itu.


Kita juga masih ingat skandal seks membabitkan Senator Norhayati Onn, EXCO Wanita Umno Malaysia yang juga Ketua Wanita Umno Klang. Dalam kes perceraian beliau di Mahkamah Syariah, suaminya telah mengemukakan laporan polis dimana beliau mendakwa mendapati gambar-gambar intim antara isterinya dengan ahli Parlimen Gombak, Dr Rahman Ismail (yang juga AJK Umno bahagian Gombak) di dalam telefon bimbit isterinya, siap dengan mesej-mesej bercinta.(Gambar-gambar kedua pasangan ini pernah di bawa ke dalam DUN Selangor oleh ADUN Sekinchan YB Ng Swee Lim, sehingga menggemparkan Speaker Dewan yang kebetulan ayahanda Senator berkenaan!)


Kemudian jangan kita lupa akan notis bankrap yang dikeluarkan oleh seorang wanita Zarinah Abu Bakar terhadap EXCO Agama, yang juga ADUN Sementa (Ketua Umno bahagian Kapar) Abd Rahman Palil kerana gagal menjelaskan hutang RM311,295.35. EXCO berkenaan dikatakan telah menggunakan syarikat wanita tersebut untuk memohon tanah kerajaan di Sg Buloh. Tanah seluas 11.3 hektar yang ketika itu bernilai RM9 juta telah diluluskan kepada syarikat itu (melalui pengaruh Rahman) dan terus dijual. Zarinah mendakwa Rahman masih gagal membayar baki bahagian beliau iaitu jumlah yang dituntut darinya itu.Walaupun kita difahamkan Rahman kemudiannya telah menjelaskan tuntutan wanita berkenaan, soalnya tidakkah kes ini menunjukkan Rahman telah menggunakan kedudukannya untuk memohon tanah kerajaan bagi mengaut keuntungan!


Dari satu kes poligami melibatkan waran tangkap terhadap seorang ahli Parlimen Kuala Selangor kita boleh menelanjangkan banyak skandal dalam Umno Selangor ini. Itu belum lagi yang kecil-kecil yang melibatkan penyalahgunaan-kuasa, rasuah dan lain-lain.Kesimpulannya pilihan raya dah dekat. Rakyat Selangor berfikirlah masak-masak, segera buat perubahan sebelum negeri bertuah ini terus musnah ditangan pemimpin yang rakus dan tidak bermoral!

No comments: