NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Thursday, February 21, 2008

Menguji Kewibawaan atau.....


PAS calonkan wanita bukan Islam di DUN Tiram

BATU PAHAT - "Ini bukan gimik politik. Malah, saya juga sudah bersedia menghadapi setiap tekanan dan cabaran, selain yakin akan menang."Demikian kata P. Kumutha, 29, calon bukan Islam pertama Pas daripada Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.

Bagaimanapun, Kumutha yang juga merupakan ahli Kelab Penyokong Pas akan menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).Kumutha yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari United Kingdom berkata, beliau yakin akan mendapat sokongan pengundi termasuk masyarakat Islam pada pilihan raya kali ini.


"Bagi saya, Pas adalah parti untuk semua. Jadi tidak timbul soal sama ada saya layak ataupun tidak bertanding sebagai calon Pas," ujarnya."Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfuz Mohamed berkata, pencalonan Kumutha telah diputuskan Majlis Syurah Pas dan direstui semua pihak dalam Pas Johor termasuk Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.


Menurutnya, langkah Pas meletakkan calon bukan Islam membuktikan parti itu bersikap terbuka dan memperjuangkan semua kaum dan agama lain, yang mana ia tidak bertentangan dengan konsep perjuangan Pas.

No comments: