NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Tuesday, February 12, 2008

Persimpangan Antara Mengilai Kuasa dan Membiarkan Kuasa Di tangan Orang Gila

Melihat kandungan program tv, semua rakyat Malaysia dapat mengagakkan bahawa Pilihanraya umum sudah tidak lama lagi akan menjelang tiba. Berbagai-bagai kenyataan parti memerintah yang dikeluarkan bagi menyatakan kononnya mereka mampu memerintah lagi, walaupun kadangkala kenyataan itu merupakan kenyataan yang mempunyai unsure tipu, disebabkan keadaan isu-isu Negara yang agak teruk, seperti isu pemilihan Hakim Negara, rasuah dikalangan pemimpin, hasil mahsul Negara di bolot golongan tertentu dan berbagai-bagai lagi.Disamping itu juga, mulalah kerajaan Kelantan yang merupakan satu-satunya pemerintahan yang berasaskan Islam di Negara ini menjadi sasaran kritikan dan kodeman dari pihak pemerintah yang kononnya tidak maju, walaupun mata mereka melihat sendiri, Kelantan yang dianggap tidak maju itu merupakan satu-satunya Bandar yang mempunyai sebuah pasaraya yang mempunyai kuasa beli yang tertinggi di Malaysia, iaitu pasaraya “KB Mall”.Disamping itu juga, kelantan merupakan negeri yang kadar jenayahnya yang paling rendah di Malaysia. tapi, disebabkan “buta perut”, mereka tetap menyatakan bahawa Kelantan tidak maju dan tidak membangun.

PAS MAHUKAN ISLAM

Seperti termaktub dalam perlembagaan PAS, amat jelas dasar PAS adalah islam. menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.Juga, PAS memperjuangkan islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan. (Perlembagaan PAS, pindaan 1993 : m.s 2)Dari ini difahami, PAS mempunyai cita-citanya yang tersendiri, yang cita-cita ini tidak ada pada parti-parti yang lain, iaitu cita-cita mahu membina sebuah pemerintahan Islam yang dasar pemerintahannya adalah Islam, penguasanya orang yang bertaqwa, rujukan utamanya adalah Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias.Jika dibaca sejarah, perjuangan PAS ini bermula dari gerakan islam di awal sebelum tarikh kemerdekaan lagi. Kelahiran PAS yang asalnya dari nama Hizb Al-Muslimin yang diasaskan oleh Al-Ustaz Al-Fadhil Abu Bakar Al-Bakir pada tahun 1948, yang cadangan penubungannya adalah dari seorang tokoh ulama muda yang berasal dari pasir Putih dan berpendidikan dari Universiti Darul Ulum Deoband India, iaitu Maulana Abdullah Noh India.Sebelum itu, iaitu pada bulan Febuari 1947, Maulana Abdullah Noh India telah mencetuskan penubuhan sebuah badan yang memperjuangkan islam yang bernama MATA, iaitu Majlis Tertinggi Agama Malaya. Cadangan itu telah disempurnakan oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi diakhir hayat Maulana Abdullah Noh. Rentetan dari kelahiran MATA itulah menyebabkan tertubunya parti islam pertama di Tanah melayu yang bernama Hizb Al-Muslimin, yang ketika itu dipimpim oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. (ulama dalam sorotan perjuangan Kemerdekaan : m.s 148-149)Apa yang pasti, ulasan sejarah ringkas ini sebenarnya memahamkan kita, kelahiran PAS mempunyai matlamatnya tersendiri, iaitu matlamat mahu memperjuangkan Islam sehingga Islam menjadi agama yang memerintah, seperti perjuangan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan salaf soleh.

UMNO “BARUA” BRITISH

Apa yang dapat dilihat dari sejarah juga, UMNO atau nama melayunya PEKEMBAR menjadi parti yang memerintah sejak merdeka. Sebelum kelahiran UMNO, di sana sudah terdapat sebuah parti melayu yang bernama PKMM, iaitu Parti kebangsaan Melayu Malaya yang ditubuhkan pada 17 oktober 1945.Begitujuga, di tahun yang sama, iaitu pada 12 Disember 1945, golongan cina dan India yang berpendidikan telah menubuhkan sebuah pertubuhan memperjuangkan kemerdekaan ketika itu yang bernama MDU, iaitu Malayan Demokratic Union.Dua parti ini, disamping parti-parti yang ditubuhkan ketika itu, semuanya memperjuangkan kemerdekaan. Mereka melaungkan slogan “merdeka”. Tapi, apa yang menjadi persoalannya, walaupun sudah ada parti melayu yang sudah mahu memperjuangkan kemerdekaan, tiba-tiba 11 mei 1946, UMNO di tubuhkan. Kelahiran UMNO ketika itu juga adalah meragukan, ini adalah kerana, slogan yang dibawa oleh mereka bukan “merdeka” tetapi “hidup melayu”.Pada awal penubuhan UMNO, UMNO bersama dengan PKMM, tetapi disebabkan “pertelingkahan” dalam menentukan lambang keris yang ingin diletakkan dalam bendera UMNO ketika itu telah menyebabkan PKMM telah tertendang keluar dari UMNO. Apabila terkeluarnya PKMM dari UMNO, golongan UMNO telah menggelarkan PKMM sebagai golongan kiri, iaitu golongan anti British, sedangkan UMNO digelar sebagai golongan kanan, iaitu golongan Pro British.Dengan keterlibatan UMNO dengan British telah menyebabkan Sultan-sultan melayu ketika itu telah dipergunakan oleh British bagi menggadai beberapa prinsip, iaitu UMNO telah melibatkan sultan-sultan melayu untuk sama-sama menubuhkan Perlembagaan Federation yang banyak memberi kerugian kepada orang melayu, khususnya orang islam di Malaya ketika itu.Dengan itu, pada 19 Disember 1946, Perlembagaan Federation berjaya di tubuhkan. Penubuhan yang melibatkan Gabenor Malayan Union, raja-raja melayu dan Wakil dari UMNO.Antara kandungan perlembagan yang pelik ketika itu adalah, Singapura diceraikan dari persekutuan, tiada hak mengundi, tiada senarai hak politik untuk rakyat dan Malaya hanya wilayah naungan british.
Dari bukti sejarah ini, sudah cukup dibuktikan bahawa UMNO adalah barua British dalam usaha hendak merosakan Bangsa Melayu dan Islam di tanah melayu.

PERTEMBUNGAN ISLAM DAN “BARAT” DI MALAYSIA

Dari fakta sejarah yang dikemukakan ini, sudah cukup difahami, pertembuangan antara UMNO dan PAS bukan isu perkara khilafiyyah yang boleh ditoleransikan.Hakikat pertembungan ini adalah pertembungan antara golongan yang mahukan sistem pemerintahan bertukar kepada pemerintahan islam dengan golongan yang mahukan sistem pemerintahan ala barat di teruskan.Apa yang pasti dengan penglihatan mata kasar, didapati bahawa, berbagai-bagai kedurjanaan yang telah dilakukan oleh UMNO terhadap agama Islam. Ekoran dari itu, ramailah orang melayu Islam telah keluar dari agama yang suci, suasana Islam berjaya di hapuskan, murtad berleluasa, maksiat menjadi perkara biasa dan berbagai-bagai lagi kedurjanaan yang menimpa umat di Malaysia.Kedurjanaan ini menimpa adalah ekoran dari sistem pemerintahan barat menjadi idola “anak didik barat” di Malaysia, yang merekalah golongan yang memerintah semenjak Merdeka lagi.
Keadaan ini sebenarnya membenarkan hadis daripada Abdullah bin omar yang berkata, bahawa sabda Nabi SAW;لَيَأْتِيَنَّ عَلَى أُمَّتِي مَا أَتَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ حَذْوَ النَّعْلِ بِالنَّعْلِ حَتَّى إِنْ كَانَ مِنْهُمْ مَنْ أَتَى أُمَّهُ عَلَانِيَةً لَكَانَ فِي أُمَّتِي مَنْ يَصْنَعُ ذَلِكَMaksudnya;“Akan berlaku kepada umatku sepertimana berlaku kepada bani israil sebiji-sebiji, hingga ada sebilangan mereka sanggup mendatangi ibunua sendiri secara nyata, nescaya akan berlaku juga kepada umatku seperti itu” (Sunan At-Tarmizi : 2565)

PENUTUP

Apa yang pasti, UMNO yang sudah memerintah semenjak merdeka merupakan golongan yang “gila” dengan kekuasaan yang ada. Dengan kekuasaan itulah menyebabkan UMNO “gila” dalam menjahanamkan islam dalam Negara.Dari itu, menjadi “gila kuasa” dalam berusaha merampas kuasa dari “orang-orang gila” ini perlu dilaksanakan. Ianya bertujuan untuk menyelamatkan Islam dalam Negara agar ianya tidak terhakis dari jiwa-jiwa umat Islam.
Jom Lawan UMNO !!!!!!!!!
SekianWallahu ‘Alam
petikan dr : Al-Bakistani

No comments: