NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...

NEGARA KEBAJIKAN KE ARAH...
Harap maklum ini bukan Blog Rasmi PAS Kawasan Sabak Bernam.Blog ini cetusan gundah gulana anak muda yang ingin perubahan agar Malaysia lebih bermaruah.SUKARELAWAN PILIHANRAYA DIPERLUKAN SEGERA. Kenapa takut dan malu, ini kerja amal kalau dulu belajar pakai duit rakyat dah berjaya inilah masanya berjasa pada rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat. Sebarang komen atau info sila hubungi e-mail tawansat@yahoo.com
PILIHAN RAYA UMUM ( Selangor ) DUN : 56 PARLIMEN : 22
Penamaan Calon 24 Februari 2008 Pilihanraya Umum 08 Mac 2008

Tuesday, March 4, 2008

66 jam



Awas Pukulan Akhir 66jam Barisan Najis!!


Memang SAH dan tepat sekali mereka kepanasan skrg, mereka akan 'by hook or by crook', kita pun tahu semalam dah diumumkan penggunaan dakwat dibatalkan.Kali ni mereka mencari jalan untuk menyekat kemaraan parti pembangkang.Bukan saja SPR dan polis kini Peguam Negara pun sama2 bekerja keras untuk membentang kan atau membuat peraturan baru,ini lah BN yg dah tak popular.....


66 jam=banyak lah berdoa

66 jam=banyakkan munajat dan solat hajat

66 jam=petugas BA lipatkan usaha dan pemantauan keselamatan

66 jam=yg masih teragak2 tu, clear up ur mind..sapa yg berhak ke atas undi2 mu

66 jam=berhentilah tgk tv,dgr radio,baca paper yg sentiasa menyebelah BN

66 jam=pastikan yg balik naik bas cepat ke puduraya / hentian duta beli tiket..masih ada masa

66 jam=ada 15 lagi solat waktu dan jangan lepaskan 1 waktu pun..lepas solat berdoa

66 jam=kalu khutbah jumaat khatib bc khutbah utk ajk undi BN...boo kn shj..

66 jam=MASA UNTUK BERUBAH!!!

66 jam=yg belum bertaubat, cpt2 la bertaubat...masih belum terlambat

Kelantan : TG Nik Aziz terus Bertenang



"Saya akan tuntut di akhirat jika BN guna penipuan rampas Kelantan" Nik Aziz

Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam memberi amaran beliau akan menuntut di akhirat jika Kelantan jatuh kepada Barisan Nasional (BN) melalui penipuan.Dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu, Kelantan, semalam, Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), berkata pihaknya terima tetapi akan berduka cita jika rakyat Kelantan memilih kerajaan BN.

'Kami tidak akan patah semangat. Tetapi kalau jatuh Kelantan kerana tipu, saya tidak halalkan satu sen pun duit yang mereka makan. Akhirat kelak, saya akan dakwa balik orang itu,' katanya. Sebelum ini, PAS telah melahirkan kebimbangan mengenai kehadiran 'pengundi hantu' dalam pilihan raya Sabtu ini.


Ditanya mengenai apa nasib PAS jika Datuk Nik Aziz berundur dari politik, beliau berkata:
'Waktu Datuk Asri takde, semua orang sebut, tak akan ada PAS. Tetapi selepas Datuk Asri mati, PAS semakin berkembang. Bila saya mati, patah tumbuh, hilang berganti.'Allahyarham Datuk Asri Muda merupakan Presiden PAS pada 1970-an tetapi disingkirkan 1982 oleh golongan radikal parti itu yang dipengaruhi oleh Revolusi Islam Iran.


Ditanya sambutan yang diterima daripada para penduduk Kelantan yang ditemui di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu, Datuk Nik Aziz berkata, beliau tidak sangka dengan sokongan kuat yang diterima golongan itu yang digesa kembali ke Kelantan untuk pulang mengundi PAS.
'Saya beritahu jika mereka ada duit, beli tambang bas sendiri. Takde duit, naik bas yang dicadang oleh parti lawan. 'Naik atas bas, kamu siap takbir. Kalau drebar patah balik, kamu pegang sendiri stereng balik Kelantan,' katanya.


Mengenai janji calon BN untuk menjalankan projek pembangunan di Kelantan jika ia menang kelak, Datuk Nik Aziz menegaskan negeri itu akan tetap melalui pembangunan di bawah PAS.
'Kerajaan pusat akan tetap bawa pembangunan apabila Kelantan di bawah PAS. Tak mesti undi dia. Jambatan baru, koridor RM14 bilion ($6.1 bilion), sekolah kebangsaan, klinik. Ini semua projek kerajaan persekutuan beri Kelantan apabila Kelantan di bawah PAS. Jadi tiada sebab untuk undi Umno,' katanya.

Tahniah : Ng Sue Lim CERGAS!!


Sekinchan sukar digugat

BN merasakan bahawa Sekinchan dari kelabu kembali cerah menyokong BN..ini kata Khir Toyo!!

Realitinya DAP di Sekinchan masih meneruskan penguasaan tanpa digugat berdasarkan rekod cemerlangnya.Sue Lim juga pencetus perang BELON di sana.Tahniah Sue Lim.... Ramai yang terpaku kelebihan yg beliau ada petah bercakap JAWA mengalahkan Khir Toyo!!! Masuk kampung Banjar petah mengalahkan orang yg lahir mak bapaknya BANJAR!!

Menuju ke rumah BONDA



Serangan DACING bukti gawatnya SEMAIL..

Samada anda percaya atau tidak tetapi inilah realitinya.Sepanjang perjalanan ke rumah Bonda tercinta dikanan dan kiri penuh dengan dacing.Tak cukup dengan itu di atas kepala selayaknya dipanggil bumbung dacing.

Jelaslah betapa kehadiran PAS kali ini menggerunkan UMNO.Saya jelaskan kpd rakan2 jgn rasa kecewa kerana jika berlawan banyaknya poster dengan mereka sudah pasti kita tewas tetapi beberapa bendera gergasi PAS yang hijau jelas kelihatan dari jauh masih mampu mengubat hati.Jangan bimbang kerana seperti yang lepas2 bendera strategik milikku pasti akan mengalahkan keegoan mereka.....Tungguuuu !!!! nantikan juga kemunculan yang lebih unggul di ruang udara KG TEBOK MUFRAD kampung ku yang tercinta.Pasti akan menjadikan SEMAIL merah menyala!!!

Pelik Tapi Benar



PAS dan PKR menguasai Sg Air Tawar

Sehingga berita ini ditulis Barisan Rakyat terus menjuarai segala gerak kerja pilihanraya di DUN Sg Air Tawar.Lihat foto...tidak pernah berlaku dlm sejarah PRU jalan utama Sg Tengar ke Parit Baru tiada poster dan bendera DACING!! boikot org UMNO berterusan hingga ke hari ini. Jambatan Sg Tengar agak lesu dengan DACING tetapi bertambah HIJAU setiap hari.

Kau memang SHIT!!!






Suruhanjaya Penipu Rakyat




Bukti pembaziran dan salah urus dana rakyat.Menunjukan kelemahan Rashit & SPR yang sangat ketara.Macamana Pak Lah beriya-sangat mahu menyambung kontrak Rashit yang telah tamat hingga sanggup melibatkan penggubalan akta semata-mata mahukan Rashit si Bahalol meneruskan kerja-kerja bodoh macam itu? Apa perkataan yang paling layak untuk kita ungkapkan kepada Rashit dan SPR?

Fokus 6 : Tahlil Perdana ( 02 Mac 2008 )

















Mohon Ampun dan Pertolongan dari Allah swt

Selepas program gempur Kg Dato Hormat semua petugas balik ke Markas MTD dan meneruskan program tahlil perdana.
Jamuan tengahari disediakan dan cukup berselera selepas penat menjalankan tugas. Terlalu banyak program dan gerak kerja MTD/UPU yang terus berjalan sehingga hari ini dan tak berkesempatan untuk update.Lihat beberapa foto yang sempat dirakamkan.....












SPR: Terus dan terus menjadi BALACI!!


SPR batalkan penggunaan dakwat kekal

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan penggunaan dakwat pada kuku semasa pengundian pada pilihan raya umum 8 Mac ini dibatalkan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di sini yang turut dihadiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Tahukah anda??
Penyediaan dakwat kekal di bawa dari India menelan belanja RM1 Juta.Senang2 shj SPR buang duit rakyat!!!
Segalanya..Haprak!! Munafik!! Pencacai!! Kuda Tunggangan!! Memang betul2 ORANG UTAN!!

Monday, March 3, 2008

Fokus 5 : Teruskan Menyerang




Gempur Terus..

Pada hari Ahad 02.03.08 program digerakkan lebih hebat lagi. MTD dan UPU telah menggempur kubu kuat BN iaitu Kg Dato Hormat di Sg Air Tawar.Untuk sekian lamanya ini adalah kubu yang memang sukar ditembusi.

Sebelum senarai calon diumumkan Kg Dato Hormat telah meriah dengan bendera dan poster BN tetapi cukup malang....selepas sahaja diumumkan calon BN para petugas telah menurunkan dan membuang semua bendera dan poster BN.Orang2 UMNO sendiri cukup marah dengan calon yang diletakkan di DUN Sg Air Tawar kerana telah sedia maklum "kes rampasan tanah" yang telah juak2 mereka lakukan.
Apa yang berlaku sekarang???..
Berbondong2 mereka menyertai PAS dan sudah pasti UNDI PROTES dari mereka!!!

Fokus 4 : Perkampungan Nelayan



Perkampungan Nelayan Bagan Sg.Pulai


Bertemu dengan Ketua UMNO dan ahli2nya di Bagan Sg Pulai.Ramai yang kecewa dengan tindakan BN yang mengaut dan merampas tanah2 nelayan.Mereka akan melakukan undi protes dan bersama2 kita mencipta perubahan.

Bersama rombongan PAS ialah rombongan PKR Sabak Bernam.

Fokus 3 : Bersama Orang Lama



Program Penerangan Diteruskan


Program penerangan dan perkenal calon bersama penduduk2 Kg Tebuk Sireng.Ramai orang lama dan golongan "silent" hadir untuk berkenalan dengan calon.Rupanya ramai juga saudara mara calon ada di kampung ni bila sembang2 susur galur keluarga dibualkan.Sokongan juga semakinh kukuh kerana ramai yang sedia mengenali calon kerana anak2 pernah bersama belajar di SMAT Bt 38 dulu....

Semoga sokongan bertambah kukuh.

Sunday, March 2, 2008

Fokus 2 : Kempen Berterusan


Gempur Terus...Ambil Posisi Menyerang!!!


Dari seawal 9pagi hingga tengah malam para petugas PAS MTD dan UPU Sg Air Tawar terus bertungkus lumus memberi penerangan dan kempen kepada orang ramai.


Dalam keadaan UMNO dan BN yang terus bercelaru kita teruskan menggempur kubu2 kuat mereka.Beberapa kubu UMNO berjaya ditembusi dan ternyata sokongan terhadap PAS semakin meningkat.

Friday, February 29, 2008

Selamat Aman dan Makmur








Budaya Orang Utan

Memang sah kata TG Nik Aziz "kita berlawan dengan orang utan".

Ini bukan budaya kita.Merosak harta orang lain.Kita berjuang dengan semangat persaudaraan dan segala tindakan mereka amat dikesali.Mereka melakukan tindakan apabila tidak tahan dengan sambutan bilik gerakan PAS dan PKR Damansara Damai yang setiap malam sentiasa penuh dikunjungi penyokong hingga lewat malam.Apatah lagi VCD DS Anwar ceramah di Kangar dan pengakuan Dr.M tentang kezaliman keatas DSAI ditayangkan kepada umum.Tayangan ini benar2 memberi kesedaran yang tinggi kepada masyarakat Damansara Damai.

Seperti biasa para petugas menjalankan kerja2 PRU sehingga kami bersurai jam 3 pagi. Sd Hamdan dan beberapa petugas yang terakhir bersurai pada jam 3.30pg dalam keadaan "SELAMAT dan AMAN".Menurut seorang penduduk pada jam 4 pagi beberapa orang yang menaiki sebuah kereta Kancil dan 2buah motorsikal telah membuat pencerobohan ini.Beliau terdengar bunyi khemah roboh tetapi tidak dapat berbuat apa2 kerana pada masa itu beliau sedang memasak makan untuk berniaga.
Kami amat kesal dengan kejadian ini kerana masih ada lagi budaya begini sedangkan kita sudah melangkah ke PRU kali yang ke 12. Budaya samseng ini telah ketinggalan zaman dan kami tidak akan sama sekali gentar.

Insyaallah sebentar lagi kita akan mengasak mereka dengan lebih hebat lagi.Bilik gerakan akan lebih meriah dengan poster penuh,tayangan jika biasa dengan TV 21 inci mulai esok kami akan gunakan layar besar dan LCD.Petugas akan membuka bilik gerakan 24jam mulai hari ini. Kepada semua pejuang teruskan perjuangan dan jangan berputus asa...lawan tetap lawan!!

Balasungkawa


Al-Fatihah buat Almarhum Dato' Syeikh Azmi


Pagi ini saya mendapat dua berita sedih dan merupakan satu cabaran dalam perjuangan merubah kekuasaan sang penguasa.Seawal waktu subuh saya dikejutkan dengan peristiwa perobohan bilik gerakan PAS dan PKR yang dilakukan oleh "oarang utan" dan baru sebentar tadi berita sedih lagi iaitu kembalinya kerahmatullah Dato' Syeikh Azmi mantan mufti Pulau Pinang.


Mantan Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang, Dato’ Syeikh Azmi bin Ahmad, telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.40 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) setelah mengalami sakit jantung dan kencing manis. Jenazah telah selamat tiba di Masjid al-‘Itisam, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI Jaya) pada jam 10.00 pagi untuk pengurusan dan solat jenazah akan diadakan sejurus selepas solat Zuhur. Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Menurut Tengku Ahmad Tengku Kasim yang merupakan adik ipar Almarhum, antara pimpinan yang akan tiba termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Dato' seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anaknya Nurul Izzah, calon PAS Shah Alam, Ir Khalid Samad, pimpinan parti Keadilan dan PAS Shah Alam, kenalan, anak-anak murid Almarhum yang akan datang dari Kedah. Almarhum yang pada mulanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kompleks Anjung Rahmat, kemudian ke Kampung Baru Medical Centre (KBMC) di Kampung Baru dan kemudiannya dimasukkan pula ke IJN.


Almarhum Dato' Syeikh Azmi dilahirkan di Batas Liku, Arau, Perlis pada 10 Ogos 1943. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Arau. Kemudian menyambung pengajian menengah di Sekolah Arab Alawiyyah Arau.

Setelah tamat pengajian menengah, anak kedua kepada pasangan Hj. Ahmad Bin Long dan Melor Binti Musa ini kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Baghdad, Iraq dalam bidang Pengajian Syariah & Kesusteraan Arab sehingga memperolehi B.A dalam bidang tersebut bersama-sama pimpinan PAS seperti Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Hassan Syukri, Ustaz Jalaluddin Abdul Wahid dan Ustaz Abdul Halim (bekas Pegawai Agama Felda).

Setelah kembali ke tanah air, beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Balkis Binti Musa pada bulan April, 1971 dan kini mempunyai 8 orang anak (2 perempuan dan 6 lelaki). Pada mula kerjayanya bertugas sebagai Pegawai Penerangan Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama, Perak.
Setelah itu, dilantik menjadi Kadi di Kedah sebelum dilantik menjadi Timbalan Kadi Besar di Kedah. Ketika bertugas di Alor Setar ini, beliau pernah mengikuti kursus Pengajian Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1987) dan memperolehi Diploma Kehakiman dan Pentadbiran Hukum Syara' dan kemudiannya mengikuti kursus di The Muslim Collegge, London (1990) selama 6 bulan.

Almarhum merupakan bekas Mufti Pulau Pinang (1992-1997), bekas Ketua Hakim Mahkamah Syarie Pulau Pinang (1998-1999), dan pernah juga menyandang jawatan sebagai Y.A.A. Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan). Almarhum juga merupakan bekas Naib Presiden Parti KeAdilan Nasional (sekarang Parti Keadilan Rakyat).
Saya dan seluruh petugas BA Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama orang-orang soleh.Al-Fatihah

Thursday, February 28, 2008

Dah Menggeliat Agaknya...


Memang Dah BERSIH Daftar Pemilih!!!


Tahukah anda terdapat 8,066 pengundi berdaftar yang berusia lebih dari 100 tahun. Terbanyak di Sabah.Di Negeri Selangor sahaja, bagi Parlimen Petaling Jaya Utara dan Parlimen Kuala Langat terdapat dua orang pengundi (800311086231 dan 801018775059) yang dilahirkan pada tahun 1880 bermakna mereka berusia 128 tahun. Sedangkan manusia tertua di dunia berusia 114 tahun!

SPR mendakwa mereka memiliki daftar pengundi yang bersih dan telus, harap mereka dapat menjelaskan bagaimana dalam daftar mereka yang ebrsih dan telus itu boleh terdapat 8,066 pengundi yang semuanya berusia lebih 100 tahun!


AKAN BANGKIT DARI KUBUR!
Saya mendapati terdapat sekurang-kurangnya 11 orang penduduk di Selangor yang berumur 120 tahun dan ke atas layak mengundi!
Dalam Guinness World Records pun hanya ada dua orang sahaja dalam kalangan top 10 manusia tertua di dunia berumur 120 tahun ke atas. Tetapi, di Selangor ada 11 orang! (Ini hasil siasatan rambang, kemungkinan terdapat lebih ramai). Buktinya layarilah lawan web http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp dan masukkan nombor ic ini.
801018775059
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365.


Tengok pulak yg ini….


T715511 / A0624038 org yg sama
T719756 / A3170255 dan banyak lagi!!!!


951114750015 950531710079 940407750023 941121750057 861101105077 860208145701 860320145357 861217145011 860126145839 871205740015 870914105781 870418105790 871016146308 881231100432 881103750027 880505066047 880906087033 881030136332 891102740096 891129740088 890520610089 890112146416 890920076065 890403615016 910609755079 920622710069 890211050014


Pertama kali melihat senarai tersebut, saya menyangka semua calon ini hanya calon remaja biasa kerana saya menyangka angka 85 di hadapan kad pengenalan mereka bermaksud mereka lahir pada tahun 1985. Tetapi, setelah menyemak senarai itu di laman web SPR, sebenarnya mereka lahir pada tahun 1885!!

Tuesday, February 26, 2008

Apabila TV menjadi Gila




Kalau Bukan Tergugat Apa maknanya ???




Baru sekejap tadi pergi makan tengahari.Kedai makan ni tadi ON TV3 rancangan Wanita Hari Ini.Tetamu undangan Napsiah Omar.....memang SIAL!!!! secara direct dan tak tau malu......ini adalah kempen BN. Bukan setakat cerita dlm PRU tapi dengan senyum sialnya berulang kali dia kata UNDILAH BN dan menangkan calon wanita BN.




Saya perhatikan pihak BN buat pertama kalinya kini mengeksploitasi sepenuhnya media yang sememangnya berada di dalam cengkaman mereka. Kalau pada pilihanraya yang lepas-lepas media diperalatkan untuk kepentingan mereka, kini ia terus terang-terang menyeru rakyat mengundi mereka. Di akhbar, di radio apalagi di TV termasuk Astro, para pembaca, pendengar dan penonton dirayu mengundi Barisan Nasional! Kalau bulan dan bintang serta matahari pun boleh turut dilacurkan untuk kepentingan BN saya yakin ianya juga tidak akan terlepas.




Demikianlah betapa terdesaknya BN.Tentunya sikap rakus dan buruk BN ini membelakangkan apa sahaja amalan demokrasi yang memberikan akses dan kebebasan media kepada semua pihak yang bertanding di dalam sesuatu pilihanraya. Yang penting Umno dan BN mesti menang, bukan sekadar menang tetapi menang besar. Persetankan apa sahaja amalan dan konvensyen yang pentingnya pembangkang mesti dikalahkan.




Kalau perlu media dieksploitasi dan dilacurkan, maka BN akan lakukan. Kalau perlu perkudakan media untuk tabur fitnah terhadap pembangkang, maka medialah perkakasnya.Sayang kita kononnya mendabik dada sudah lebih 50 tahun bertuan di bumi sendiri, sayangnya bumi merdeka ini mengamalkan peraturan lebih buruk dan kuno dari yang dipaksa ke atas kita oleh penajajah asing yang tidak berhati perut.




Kini segala-galanya terletak di atas hati dan kemahuan rakyat. Jika walaupun diasak dan diterkam oleh media yang sudah punah kewarasannya ini, rakyat tetap mahu dan cintakan kebenaran dan keadilan, maka berbelanjalah BN berapa juta RM sekali pun, rakyat akan tetap menolak mereka. Akan tetapi kiranya rakyat terus termakan tuba dan racun mereka, maka punah dan jahanamlah negara. Ketika itu kemanuasiaan dan maruah sudah tidak ada nilai lagi, yang dipandang mulia adalah pangkat dan kuasa semata-mata, kita akan terus-menerus hina di atas bumi yang kita dakwa tanah air kita yang tercinta.


Negatif Tapi Jadikan Kekuatan Perjuangan



Undi pos 221,000 Parlimen 221 : Satu Kebetulan atau....


Saya sekadar ingin memberikan pandangan yang agak negatif tetapi saban hari bermain difikiran ,hati kecil saya selalu berkata "memang besar atau kalah besar " yang BA akan dapat di tahun 2008 ini.


Kenapa begitu??? BN ni dikuasai orang jahat dan orang jahat tak pernah berbuat sesuatu yang baik tanpa ada plan jahat disebaliknya.Kerana jahatlah orang ini tak segan silu berkata bahawa mereka adalah yang terbaik kerana orang yang baik tak pernah mengaku dirinya baik.


Kalau pilihanraya di Malaysia ni telus, adil dan saksama pada semua parti yg bertanding saya rasa dah lama BN tumbang dan tak memerintah lagi...hilang kerajaan dari dulu lagi.. dah lama tumbang dah tak bangun2.. Tahun ini BN ada lebih 221,000 pengundi pos dengan hanya 221 kerusi parlimen dipertandingkan.. So.. dicongak secara mudah.. setiap undi pos bagi satu kawasan parlimen lebih kurang 1000 undi.. banyak tu oiii... bayangkanlah hari ni pun semua dah ada bekal dibawa ke pagi hari 8 Mac 2008 ini calon BA PAS KEADILAN DAP dan BEBAS... bermula peti undi dengan bilangan undi "SIFAR @ KOSONG UNDI" tapi BN dah ada 1000 undi pos... Nisbah 1000:1.. Adil kah ini.. anda fikirlah sendiri...


Itulah yg saya kata awal2 tadi kalau pilihanraya ini telus dan adil,, dan jika SPR, Polis dan lain2 agensi kerajaaan 100% berkecuali.. sesungguhnya BN @ BARISAN NASIONAL pasti kalah dan sudah lama kalah dah... Kepada semua pemimpin BN yang saya katakan memutar alam/undi ini.. jawablah kamu dihadapan Allah swt nanti di atas segala kebobrokan yg kau lakukan secara tidak adil dan zalim.. jika tidak dapat sekarang.. aku dan rakyat semua akan menuntut bila kami dan kau pemimpin BN mati nanti... di dunia bolehlah kau buat sesuka hati.. dah mati esok2 jawablah dgn ALLAH swt...Dosa Rashid SPR yang paling takan aku maafkan!!!


Menang BN menang pondan. mereka tak pernah fikir pasal kematian. kalau fikir pasal kematian, mereka akan takut membuat sebarang kedurjanaan dan penipuan dalam PRU. apapun, Allah Maha Kuasa. Tunggulah balasan masing-masing.


Bayangkan pemerintah adalah bangsa kita,tetapi ekonomi dibiar melepas begitu saja kepada 1 bangsa saja.Bangsa kita selain bekerja dengan kerajaan bangsa kita hanyalah makan gaji saja.Boleh kah anda berbangga dengan bangsa kita lebih2 lagi kerajaan yg memerintah.So dari dulu rakyat mengundi untuk pemimpin UMno mengharapkan agar diorang ni membela bangsa tetapi apa yg dah jadi kini??? Yang ada pun masih nak digadaikan lagi.Orang UMNO lah yg mendidik perkauman pada bangsa sendiri,kalau rakyat bukan penyokong maka kau tiada hak untk mendapat apa2 dari pemerintah,UMno juga lah yg membuatkan bangsa kita lalai dan melepaskan peluang niaga kerana pemerintah memberikan permit,lesen perniagaan,kontrak2 kepada ahli UMno saje dan mereka inilah yg menjualnya kepada bangsa lain.Hampir 50 tahun pekara ini terjadi hingga sekarang.So boleh kah bangsa kita bersatu kiranya kita membiarkan lagi UMno terus berkuasa! Mereka ni semua penipu belaka,kalau kita tak mencuba parti lain mana munkin kita tahu! Tapi saya akui memang susah nak menafikan mereka,kerana mereka ada penyokong bangsa lain, ada duit dan ada strategi KELENTONG nya yg begitu licik sekali!


Akhir sekali....Pastikan swing PRU kepada barisan rakyat mampu melepasi had 60% kerana BN membawa bekal sekurang2nya 4%....jika hanya sekadar 56% bermakna peluang barisan rakyat untuk tumpas adalah sangat besar.Marilah kita bersama tingkatkan usaha bukan dengan menampal poster tetapi pastikan petugas2 masuk kepelosok kampung dan rumah2 dan pastikan dengan bekalan broucher dan maklumat2 penting untuk pengundi membaca dan fikirkan apa yang berlaku sepanjang 50 tahun yg lalu.Walau apa cara dan keadaan pun perjuangan kita perlu ditingkatkan lagi dan gerakan rakyat perlu menyedarkan semua rakyat tentang bahayanya mengundi BN!!!

Monday, February 25, 2008

SPR yang sentiasa menipu


Pilihan Raya: SPR Malaysia, BertanggungJawab Di Dunia & Akhirat

Oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman

Terkilan..tanpa dapat saya sembunyikan, rasa sakit hati. Mengapa dan sakit hati kepada siapa?
Sebagai rakyat Malaysia, rasa terkilan dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia amat tinggi berbanding biasa. Mengapa?


Banyak sebabnya dan saudara boleh membaca sendiri di web-web yang berkaitan. Namun kali ini saya merasa lebih lagi sakitnya dari biasa kerana salah satu bentuk ‘kepelikan' itu telah berlaku kepada ahli keluarga saya.
Ia berlaku kepada isteri saya. Isteri saya sejak awal mendaftar, tempat mengundinya adalah Hulu Bernam, Ulu Selangor, iaitu dikampung kelahirannya. Bukan sekadar itu malah isteri saya juga telah pernah mengundi di Hulu Selangor pada tahun 1999, semasa pilihanraya yang ke 10.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2004 kami sekeluarga gagal membuang undi kerana berada di luar negara. Namun sejak sebulan lepas, apabila membuat semakan daftar pemilih, entah bagaimana tempat mengundi isteri saya bertukar ke Demit, Kubang Kerian, Kelantan.

Keperitan Menghubungi SPR
Puas kami menghubungi nombor telefon SPR untuk mengadu hal dan mendapatkan penjelasan bagaimana pertukaran tempat mengundi boleh berlaku, tetapi talian SPR asyik sibuk dan tidak pernah diangkat (iaitu nombor 03-8885 6500) yang kami petik dalam web SPR berikut : http://www.spr.gov.my/index/hubungi.htm hampir setiap hari dihubungi tetapi setiap hari jugalah tiada jawapan.


Disebabkan kesibukan saya dan isteri, kami mengambil keputusan untuk membuat surat rasmi dan menghantar faks ke (603)-8888 9117, juga nombor faks yang sama dari web di atas tadi. Dalam masa yang sama percubaan menelefon dibuat setiap hari, semuanya gagal.
Sehinggalah hari ini (24 Feb 08), muncul nombor baru di televisyen, iaitu 03-9274 62692, nombor ini muncul 3 saat sahaja, namun bila dihubungi, rupanya tersilap nombor.

Akhirnya, dapat juga kami hubungi nombor SPR yang ada manusia mengangkatnya iaitu 0326810280. Namun hasil aduan itu, kami menghadapi kepelikan, keajaiban jahat dan kekecewaan sahaja.

Kemuncak kepelikan
Pegawai wanita tersebut berkata; menurut rekod mereka, kononnya isteri saya ketika mula-mula mendaftar pada 10 Mac 1998 dahulu, alamat asal adalah di Kampung Demit, Kubang Kerian. Justeru itulah sahaja yang mereka tegaskan, Sedangkan ia tidak benar sama sekali dan isteri saya tiada sebarang urusan dengan negeri Kelantan, juga bukan orang Kelantan.
Namun yang lebih PELIK DAN AJAIB, pada tahun 1999 isteri saya telah pun membuang undinya di Hulu Selangor tanpa sebarang masalah. Bagaimana boleh diundur waktu dan didaftar di Kelantan pula.. kami tiada mesin ajaib masa Doraemon. So apa sebenarnya ini?!!!. Adakah ini penipuan dan penyelewengan yang sering digembar-gemburkan oleh pembangkang?. Jika benar, hampir pastilah ia dilakukan oleh pihak yang tidak ada iman tentang alam barzakh dan neraka!!

Hasilnya, kemungkinan isteri saya tidak sempat mengundi tahun ini, kerana pelbagai kesukaran pengangkutan untuk ke Kelantan dan bayi kami pula yang masih berumur 2 bulan. Saya pula terpaksa membuang undi di Kedah pada hari tersebut. Banyak lagi sebab lain yang tidak memungkinkan saya untuk bertandang ke Kelantan dan Kedah dalam hari yang sama.
Saya masih berusaha mencari muslimah-muslimah Kelantan yang dipercayai untuk menumpangkannya ke Kelantan dan pulang ke KL pada hari yang sama, namun ia amat sukar...

Benar, kami juga ada salahnya kerana tidak membuat semakan lebih awal dan menukar dengan pantas (sebelum 60 hari dari pilihanraya) apabila terdapat kesilapan, tetapi apa yang berlaku mendedahkan "something wrong is happening". Yang penting pihak SPR wajib bertanggung jawab di akhirat kelak, kami akan tuntut semua hak-hak ini tanpa BELAS KASIHAN.

Kesimpulan
Semua kita perlu beringat-ingat selalu, sebarang kemenangan pilihanraya menggunakan penipuan, rasuah dan penyelewengan adalah haram serta dilaknat oleh Allah swt dan RasulNya, tiada keberkatan dalam pemerintahan dan rakyat serta negara, kemenangan sebegitu hanya akan memudahkan sesebuah masyarakat dan negara dipandu ke Neraka sebagaimana huraian ‘hilang keberkatan' yang disebut oleh Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam kitabnya Az-Zawajir An Iqtiraf Al-Kabair. Justeru amat perlu dijaga unsur keberkatan dalam pilihanraya, pembelajaran, pekerjaan, pendapatan, perbelanjaan dan kehidupan seluruhnya.

Jangan kerana inginkan kuasa dan kerusi DUN dan Parlimen yang bersifat sementara manfaatnya iaitu sekitar beberapa puluh tahun di dunia, hingga sanggup menggadaikan masa depan di dalam kubur yang sempit itu dan di padang mahsyar yang berkumpulnya trillion trillion manusia dan disemak satu persatu perbuatannya.
Keadaan yang sama juga terpakai kepada pelajar yang meniru dalam peperiksaan, pelajar yang membeli sijil MA dan PhD, guru yang meniru dalam peperiksaan PTK, usahawan yang menipu, ahli politik yang menipu, pekerja yang menipu dalam amanah tugasan mereka dan lain-lain jenis penipuan, semuanya dinafikan oleh Nabi s.a.w dari kelompok ummatnya

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)
Ia juga termasuk dalam umum hadis ini

Ertinya : Barangsiapa yang menipu Arab ( dan manusia lain) , mereka tidak termasuk dalam kalangan yang boleh mendpaat syafaatku, dan tidak layak mendapat belas kasihanku" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3928, 5/724 ; Hadis ghorib)
Imam al-Munawi berkata, salah satu maksud menipu arab adalah menghalang mereka dari menyampaikan kebenaran sehingga menjadikan orang ramai jauh dari Nabi s.a.w (Penjelasan Al-Munawi dipetik dari Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri, 10/296)

Berhati-hatilah wahai semua pembaca dari jatuh dalam kelompok ini.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

DUN Sg Air Tawar - Fokus 1





Ramah mesra Pasar Malam Kg.Batu 39


Calon DUN Sg Air Tawar Ustaz Azrul Khakim Suradi dan para petugas MTD dan UPU melakukan kunjungan hormat dan ramah mesra bersama peniaga dan pengunjung pasar malam Kg Batu 39 Sabak Bernam.

Ramai yg gembira dan sambutan keatas perjuangan kita amat menggalakkan.Berdasarkan pemerhatian juga UMNO mula menerima kehangatannya serta kekalutan dalaman menjadikan lebih parah lagi.Beberapa bilik gerakan UMNO yang pada awalnya dibuka kini satu persatu ditutup kerana protes dengan calon mereka.

Lebih ironis lagi bagi mereka beberapa anak muda yang menjadi penggerak telah menyertai kita bersama-sama menampal dan memasang poster.Diharapkan gerakan kita akan berterusan mendapat kekuatan untuk menjana kemenangan.

Bulan Mengambang di Sabak Bernam








Kejutan di Sabak Bernam...




Suasana ketika penamaan calon di Dewan Tun Abdul Razak Sabak Bernam.Meriah dengan sambutan penyokong dan bendera gergasi.