
Pulau sementara TV1, TV2 dan TV3
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa mengajak rakyat negara ini memulau sementara media elektronik terutamanya TV1, TV2 dan TV3 kerana begitu keterlaluan memutarbelitkan fakta kononnya parti pembangkang begitu ganas, tidak mahukan kemajuan dan sengaja membiarkan rakyat miskin di bawah pemerintahannya di Kelantan.
Baginya, Menteri Penerangan, Dato' Zainudin Maidin gagal menunjukan kematangan dan profesionalisme ketika mengendalikan stesen penerangan milik rakyat itu kerana merubah fungsi RTM khususnya TV1 dan TV2 kepada pusat propaganda BN. Hari ini kebanyakan berita dan rancangan terbitan tempatan yang disiarkan menerusi TV1, TV2 dan TV3 milik swasta semuanya berbau politik bertujuan menyelamatkan maruah pengtadbiran Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah calar.
"Mulai sekarang sehingga tiga minggu akan datang, rakyat harus pulau sementara TV1, TV2 dan TV3 kerana tidak melaksanakan tanggungjawab menyalurkan maklumat betul sebaliknya cuba memburukkan imej parti pembangkang. Hari ini rakyat hanya boleh percayakan filem Doraemon (rancangan kartun Jepun) daripada siaran berita."
No comments:
Post a Comment