
PAS Selangor akan umum barisan calon esok
Wan Nordin Wan Yaacob Thu Feb 21, 08 2:36:47 pm
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - PAS Selangor akan mengumumkan barisan calon untuk bertanding bagi pilihan raya umum ini dalam satu majlis pada 22 Februari ini (esok).
Pengumuman akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hassan Mohd Ali di Padang Surau At-Taqwa, Jalan Jasper 7/15, Seksyen 7, Shah Alam pada jam 9.00 malam esok.
Selepas pengumuman dan persembahan multimedia mengenai latar belakang calon , PAS Selangor seterusnya akan menghidangkan ceramah umum kepada penonton, kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip.
"Satu Sidang Media Khas akan diadakan selepas majlis perisytiharan, iaitu pada pukul 10:30 – 11:00 malam. Dengan ini pihak penganjur mengundang wartawan dan jurugambar untuk menghadiri sidang media tersebut.
No comments:
Post a Comment